Tuesday, 22 April 2014

Kaedah Pemadanan:


Kita perlu mengetahui seyakin-yakinnya, bahawa anda memiliki 20 ekor arowana matang yang berlainan jantinanya dengan nisbah 7 : 13, kerana membiakkan arowana bukanlah satu tugas yang mudah. Kaedah seterusnya hanya boleh dicuba oleh mereka yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam memelihara arowana Asia sahaja.

Tentukan status pemakanan mereka dengan makanan-makanan segar/hidup yang berkhasiat. Lepaskan 20 ekor arowana tersebut ke dalam kolam. Biarkan mereka membiasakan diri dengan kehadiran antara satu sama lain untuk tempoh beberapa minggu di samping terus-menerus dalam menentukan status gizi yang seimbang buat mereka.

Selepas beberapa minggu, mereka lazimnya lebih ganas berbanding pasangan yang terbentuk secara pilihan semulajadi. Kecederaan demi kecederaan tidak akan dapat dielakkan. Sekiranya mereka menjadi semakin ganas, anda perlulah mengasingkan mereka semula. Kemungkinan tanggapan anda meleset dengan menyangkakan bahawa jantina mereka adalah berlawanan. Antara kemungkinan lain, mereka sebenarnya belum cukup matang untuk dibiakkan. Jika berjaya mendapatkan pasangan arowana yang ideal, pasangan tersebut akan mempamerkan kelakuan berdua-duaan sepertimana yang diterangkan sebelum ini. Bertelur dan membesarkan anak-anak arowana, sama seperti pasangan yang terbentuk secara semulajadi.

Penetasan



Sepanjang tempoh untuk menetas, arowana betina akan mengelilingi dan melindungi arowana jantan dan dipercayai mengusir keluar induk-induk lain daripada lokasi bertelur supaya induk lain mencari lokasi baru untuk bertelur selain induk yang sedang mengeram telur mampu membesarkan anak-anak arowana. Pengusiran ini boleh menyebabkan keganasan dan arowana jantan dikhuatiri akan tertelan beberapa biji telur tanpa ia sedari. 

Dengan suhu antara 28-30° Selsius (79-86° Fahrenheit), kantung telur yang meloyot kekuningan di bahagian luar perut anak-anak arowana akan mula terserap sepenuhnya dalam tempoh 60 hari. Buat pertamakalinya kelak, anak-anak arowana akan beransur-ansur keluar dari mulut bapanya untuk sementara waktu. Di peringkat ini, kita perlu menjaring induk-induk tersebut bagi mengambil anak-anak arowana bagi memperoleh hasil yang produktif. Dalam proses penjagaan, bolehlah memberi makan anak-anak arowana dengan cacing merah (bloodworm) atau anak-anak ikan gapi (baby guppies) dan ulat burung yang halus.

Anak-anak arowana boleh dipindahkan daripada tangki induk mereka, jika mereka dapat menerima makanan yang diberi setelah beberapa hari kemudian. Pastikan air tangki baru diisi separuh daripada air tangki induk mereka, manakala suhu dan komposisinya harus sama dengan tangki induk mereka bagi mengelakkan kekejutan dan kematian dengan suhu 28-29° celsius.

Bertelur

Mereka seterusnya akan berenang seiringan dan bergeser-geseran tubuh antara satu sama lain. Namun sekali sekala, mereka akan diam di satu-satu tempat. Setelah hampir ke penghujungnya, pasangan ini akan menghentikan renangan lalu meneruskan aksi bergeser-geseran tubuh. Dengan kekejangan otot secara tiba-tiba, arowana betina melepaskan telur-telurnya dan serentak dengan itu pula, arowana jantan mengeluarkan spermanya bagi menyuburkan telur-telur tersebut. Proses bertelur biasanya berlaku pada tengahari, manakala bilangan telur yang dilepaskan adalah dalam lingkungan 20-50 biji dan bergaris pusat sekitar 12-15mm. Arowana jantan seterusnya akan menyodok telur-telur seberapa banyak yang mungkin (kebiasaannya, induk jantan akan memungut kesemua telur) dan memeliharanya di dalam mulutnya sehingga ke suatu tempoh tertentu. Manakala telur-telur yang tertinggal, akan dimakan oleh arowana betina bagi mendapatkan semula zat.

Lokasi bertelur

Selera makan mereka juga akan turut menurun sedikit demi sedikit. Perut arowana betina mulai mengembung dan dipenuhi telur-telur. Mereka akan memilih lokasi yang sesuai bagi melepaskan telur-telur, lazimnya di kawasan kurang gangguan dan berarus tenang. Adalah wajar sekiranya kolam ini dilindung (terutama sekali di bahagian tempat bertelur) bagi mengelakkan kerencatan untuk bertelur, jika pasangan tersebut ketakutan. Musim hujan antara bulan ogos sehingga februari sepanjang tahun adalah waktu kemuncak pasangan arowana mengeluarkan hasil.

Berdua-duaan

Kelakuan berdua-duaan mengambil tempoh selama 1 hingga 2 bulan. Sepanjang tempoh ini, mereka akan berenang-renang berdekatan antara satu sama lain (sering berenang dalam bentuk bulatan), berkejar-kejaran, menggigit ekor dan sesirip sesama sendiri serta sering menyebabkan kecederaan pada tubuh juga. Arowana betina lazimnya menerima kecederaan yang berpanjangan, terutama sekali pada sektor lapisan luar insang, sirip anal dan sektor kelamin. Dipercayai di peringkat ini, arowana jantan cuba merangsang rembesan arowana betina.

Kaedah Semulajadi:



Kita harus memiliki simpanan baka yang munasabah untuk berjaya melaksanakannya. Sekurang-kurangnya, 20 ekor arowana matang diperlukan bagi proses ini dijayakan. Besarkan mereka bersama-sama di dalam tangki sejak daripada kecil lagi. Ataupun, kesemua arowana matang dilepaskan ke dalam kolam secara serentak. Dengan cara ini, tidak seekor pun akan dapat menguasai atau membentuk wilayah lebih awal sesama mereka.

Awasi mereka dengan teliti. Jika sepasangan arowana terbentuk, arowana jantan akan berenang berdekatan dengan arowana betina dan mulai mengusir arowana-arowana lain. Pasangan itu cuba meluaskan wilayah mereka. Anda perlulah memindahkan arowana-arowana lain daripada kolam atau membina kolam besar yang saiznya bersesuaian di peringkat ini.

Memadan & Membiakkan Arowana Asia



Terdapat dua cara untuk anda membiakkan arowana-arowana iaitu:
Pertama, adalah dengan mencampurkan beberapa ekor arowana ke dalam tangki dan biarkan mereka memilih pasangan mereka sendiri.

Kedua, dengan memadankan sendiri 2 ekor arowana yang kita fikirkan berlawanan jantinanya serta
berharap pilihan itu tepat dan mereka menyukai antara satu sama lain.


(a) Kaedah Semulajadi
(b) Kaedah Pemadanan

Mencampurkan Arowana-Arowana Asia

Arowana-arowana Asia adalah spesis ikan air tawar yang bersifat kewilayahan. Mereka tidak akan dapat dielak daripada menyerang antara satu sama lain jika dipelihara 2 ekor sekaligus. Walaubagaimanapun, sifat suka menyerang ini akan berkurangan, jika bilangannya ditambah. Secara lazimnya, kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 ekor (jantan) arowana Asia matang dan 13 ekor (betina) jika berhajat untuk memeliharanya bersama-sama. Perkara ini mungkin menjadi mustahil, memandangkan harga arowana Asia yang tinggi di pasaran kini. Perlu diingatkan, kita juga perlukan tangki yang cukup besar bagi menampung 6 ekor arowana sekaligus. Lebih besar saiz sesebuah tangki itu, adalah lebih baik. Saiz bagi tangki minima adalah berukuran 8'x4'x 2' dengan ketebalan kaca 12mm, tetapi ini bukanlah saiznya yang ideal.

Jantina Arowana Asia

Adalah sukar untuk menentukan jantina arowana. Lebih-lebih lagi, arowana-arowana yang masih muda. Hanya mereka yang pakar dan kerap menguruskan arowana muda akan mengenali jantina induk lebih awal. Umumnya, warna sesisik arowana jantan dewasa tampak lebih garang manakala saiz tubuhnya sedikit kecil berbanding arowana betina dewasa. Arowana jantan juga memiliki rahang yang lebih lebar dan lebih dalam bagi memudahkan mereka membawa telur-telur dan anak-anak arowana kelak. Arowana betina dewasa pada perbandingannya bertubuh agak besar, manakala pada sektor pelepah antara sirip dorsal, ekor dan sirip anal kelihatan agak kebulatan. Pengalaman luas amat diperlukan dalam mengenalpasti jantina arowana Asia. Usah diperdulikan dahulu arowana-arowana Asia yang masih muda. Sungguhpun demikian, apabila mereka mulai membiak, sudah pasti kita akan dapat memastikan yang mana jantan dan yang mana betina. Inilah yang dikatakan pengalaman. Dalam hal ini, kita perlu memiliki pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman bagi menuruskan jantina arowana kelak. Tempoh yang diperlukan arowana Asia untuk matang adalah bergantung kepada keadaan mereka dipelihara. Lebih khusus dalam keperluan dan penjagaannya, akan lebih cepat mereka mencapai kematangan. Umumnya, arowana Asia betina mengambil tempoh selama 3 tahun, manakala arowana jantan pula 3-4 tahun bagi mencapai kematangan.

JENIS AROWANA


Di Alam Pembiakan

Arowana lazimnya dibiakkan di dalam kolam bumi (earthpond). Membiakkan arowana di dalam tangki juga boleh dilaksanakan, tetapi prosesnya agak sukar. Di kolam pembiakan bumi, 20 ekor arowana matang (7 jantan dan 13 betina) akan dilepaskan dan kaedah ini melangsungkan pemilihan pasangan secara semulajadi. Arowana-arowana seterusnya diawasi dengan teliti dari jarak yang dapat dilihat. Apabila sepasangan arowana telah terbentuk, pasangan itu akan mengusir arowana-arowana lain dan mulai bertelur. Tempoh pengeraman telur di dalam mulut induk jantan adalah sehingga 45 hari sehingga anak-anak arowana bebas berenang.. Setelah anak-anak arowana berupaya berenang bebas, mereka akan ditangkap dan ditempatkan ke dalam tangki pembesaran. Namun, kaedah ini menyebabkan hasil adalah rendah. Sehubungan itu, kaedah pengambilan hasil (harvesting) digunakan bagi memperolehi hasil yang maksimum memandangkan harvesting  induk seterusnya  memakan masa yang panjang. Kebanyakan  pemeliharaan anak-anak ikan arowana dilakukan di dalam akuarium untuk menjamin pemantauan yang rapi. Selepas beberapa tempoh waktu tertentu, pembiakan arowana dipindahkan di dalam tangki sebagai proses tumbesarannya pada masa hadapan.

Di Alam Semulajadi

Di alam liar, arowana berpasangan berdasarkan pilihan semulajadi. Mereka memperuntukkan tempoh berdua-duaan selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan. Apabila kedua-duanya telah bersedia, arowana betina mulai bertelur di dasar sungai berarus tenang, manakala arowana jantan serta-merta akan mengeluarkan spermanya bagi mensenyawakan kesemua telur-telur arowana betina. Telur-telur yang telah disenyawakan, kemudiannya akan disodok, dikulum oleh arowana jantan dan seterusnya telur akan menetas di dalam mulut dalam tempoh 2 bulan. Buat pertamakalinya untuk sementara waktu, anak-anak arowana mulai keluar dari mulut bapanya secara beransur-ansur. Bapa arowana akan berisyarat kepada anak-anaknya jika terdapat sebarang petanda bahaya, justeru anak-anak arowana akan kembali semula ke dalam mulut sebagai perlindungan. Anak-anak arowana pasti meninggalkan bapanya apabila telah berupaya berenang bebas.

PEMBIAKAN IKAN AROWANA


Pembiakan ikan arowana bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah. Pembenihannya terhasil secara hubungan semulajadi dan terlalu sukar menggunakan teknik sainstifik yang pernah dilakukan ke atas ikan-ikan lain seperti suntikan benih yang dilakukan terhadap ikan keli, tilapia merah dan sebagainya. Sehubungan itu, harganya memang tinggi akibat daripada kesukaran memperoleh hasilnya selain keadaan yang bergantung kepada faktor musim mengawan, jantina dan kaedah pemakannya. Keadaan ini boleh diperhatikan seperti di bawah;

PENATAAN INTERIOR AKUARIUM




Kehidupan di dalam akuarium adalah replika lingkungan hidup di alam bebas. Oleh karena itu, perlu penataan interior dalam akuarium. Ini bermaksud menuntut apresiasi estetika, sehingga perpaduan antara keindahan akuarium dengan anggunnya ikan arowana sanggup menampilkan suasana kesejukan yang harmonis.
Tanaman air
Pada asalnya ikan arowana yang suka bersembunyi di bawah tanaman air, maka kita pun siap menyediakan tanaman dimaksud. Ada beberapa jenis tanaman air yang dapat dipilih antara lain: Vallisneria spiralis, Hidrilla verticillata, Riccia fluiutana, Higrophila polisperma, Pistia stratiotes, Najas indica, dan sebagainya.
Pasir batuan
Pasir digunakan sebagai landasan peletakan batuan. Sebaiknya digunakan pasir sungai, yang masih bercampur dengan humus. Di samping itu, diberi juga batuan dan termasuk karang-karangan. Ukuran batu idéal berdia meter 3 mm. Batuan tersebut memiliki berbagai corak dan warna yang beragam namun tetap indah.


KERAP MELAKUKAN RAWATAN IKAN




Cukuplah rajin melakukan perawatan. Sebab dengan demikian itu, penampilan arowana dalam akuarium tampak sihat, segar, dan menyenangkan.
Pemberian makanan
Menu utama arowana dalam akuarium adalah kelabang. Tapi jangan terus- menerus diberi kelabang, sebaiknya divariasi déngan makanan lain. Contohnya: udang, kecoa, katak, lipan, lipas, maupun cengkerik.
Pengawalan & pergantian air
Setiap hari diwajibkan mengawal suhu dan pH air. Adapun suhu air ideal bagi ikan arowana sekitar 25-27 darjah Celcius. Andaikata suhu air sejuk, segera nyalakan heater hingga suhu air sesuai dengan kesesuain. Sedangkan pH yang dikehendaki sekitar 6-8,5. Andaikata pH terlalu rendah, maka tambahkan kapur ke dalam akuarium. Selain itu, sanitasi air perlu diperhatikan pula, silakan merawati air akuarium dengan Malachite green, déngan frekuensi 3 minggu sekali.
Dan jangan lupa, air akuarium juga diganti. Namun pergantian air dipilihkan menjadi dua, yakni: (a) pergantian air secara regular setiap 2 hari sekali dengan volume 10% dari seluruh volume air akuarium, dan (b) jumlah pergantian air dilakukan setiap 3 bulan sekali. Jika Anda menggunakan air PAM, sebaiknya dibiarkan 24 jam terlebih dahulu agar kandungan kelodak mendap, dan setelah itu boleh dimasukkan ke dalam akuarium.

BLOOD RED



Konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala Blood Red menirus. Warna pada teras sesisiknya agak kebiruan manakala warna pada permukaan tebing sesisik serta bahagian pipinya merah tua.


Bahagian ekor dan sesirip Blood Red lazimnya berwarna merah tua manakala konfigurasi pada hujung ekornya adalah membulat 

PERHATIKAN PERALATAN AKUARIUM




Berhasil tidaknya akuarium menjadi tempat yang nyaman bagi ikan arowana, sungguh dipengaruhi oleh kelengkapan penyokong.
Aerator
Fungsi aerator atau pengepam udara adalah membekalkan udara ke dalam air akuarium, dan sekaligus menguapkan atau mendorong hasil sisa-sisa pembakaran ke luar dari akuarium. Aerator dikatakan baik, jika arus listrik yang menggerakkannya kecil, tetapi udara yang ditiupkannya relatif banyak.
- Heater & Thermometer
Alat pemanas (heater) ini diperlukan terutama pada waktu suhu air akuarium turun drastik. Sedangkan alat pengawal suhu air atau termometer juga dipasang dalam akuarium. Di kadar dingin, heater dan termometer ini sangat diperlukan.
Filter
Fungsi filter atau penyaring untuk menyaring air dalam akuarium. Kerja filter mencakupi ini untuk menyedut air akuarium, menyaring, dan mengembalikannya lagi ke dalam akuarium dalam keadaan bersih.
- Lampu TL
Keberadaan lampu TL, selain menyinarkan cahaya, juga memperhiaskan akuarium. Tapi, jangan sampai sinar lampu TL justru menimbulkan panas yang melebihi kesesuaian. sesuainya untuk akuarium seluas 80×40 cm memerlukan lampu TL berdaya 20 watt.

TIPS MERAWAT AROWANA DALAM AKUARIUM


  1. PERHATIKAN PERALATAN AKUARIUM
  2. KERAP MELAKUKAN RAWATAN AKUARIUM
  3. PENATAAN INTERIOR AKUARIUM

MATA BERKABUT




Mata berkabut atau “Cloudy Eye” ditandai dengan memutih selaput mata ikan. Permukaan luar mata tampak dilapisi oleh lapisan tipis berwarna putih.
Secara umum gejala ini disebabkan oleh keadaan kualiti air yang merosok, terutama sebagai akibat meningkatnya kadar amonia dalam air. Apabila wabak mata berkabut terjadi, maka hal yang harus diragui terlebih dahulu adalah keadaan air. Kadar parameter air hingga sesuai dengan keperluan ikan yang bersangkutan. Apabila gejala ini terjadi, sedangkan parameter air dalam keadaan normal, maka terdapat kemungkinan gejala tersebut disebabkan oleh hal lain.
Beberapa faktor terjadinya mata berkabut adalah:
- Infeksi sekunder, menyusul terjadinya kerosakan fisik pada mata.
- Produksi lendir berlebihan, biasanya sebagai akibat reaksi terhadap infestasi protozoa parasit (penyakit selaput lendir kulit); kualitas air yang merosok (amonia, nitrit, dan nitrat); nilai pH yang tidak sesuai; keracunan (klor/kloramin); atau akibat pemberian kadar pengubatan yang tidak sesuai.
- Diplostomum (fluke pada mata). Dalam kasus ini bagian mata yang memutih adalah lensanya, bukan permukaan luar mata.
- Infeksti bakteri eksternal
- Kekurangan vitamin, khususnya vitamin A, B, dan C.
wabak mata berkabut bisa juga disertai dengan Exophtahlmia (Pop Eye/Mata menonjol), malaise, atau iritasi.
Perawatan dan pemulihan mata berkabut hendaknya mengacu pada penyebab yang menimbulkannya. Oleh kerana itu, carilah dan cuba kenalpasti.