Adalah sukar
untuk menentukan jantina arowana. Lebih-lebih lagi, arowana-arowana yang masih
muda. Hanya mereka yang pakar dan kerap menguruskan arowana muda akan mengenali
jantina induk lebih awal. Umumnya, warna sesisik arowana jantan dewasa tampak
lebih garang manakala saiz tubuhnya sedikit kecil berbanding arowana betina
dewasa. Arowana jantan juga memiliki rahang yang lebih lebar dan lebih dalam
bagi memudahkan mereka membawa telur-telur dan anak-anak arowana kelak. Arowana
betina dewasa pada perbandingannya bertubuh agak besar, manakala pada sektor
pelepah antara sirip dorsal, ekor dan sirip anal kelihatan agak kebulatan.
Pengalaman luas amat diperlukan dalam mengenalpasti jantina arowana Asia. Usah
diperdulikan dahulu arowana-arowana Asia yang masih muda. Sungguhpun demikian,
apabila mereka mulai membiak, sudah pasti kita akan dapat memastikan yang mana
jantan dan yang mana betina. Inilah yang dikatakan pengalaman. Dalam hal ini,
kita perlu memiliki pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman bagi
menuruskan jantina arowana kelak. Tempoh yang diperlukan arowana Asia untuk matang
adalah bergantung kepada keadaan mereka dipelihara. Lebih khusus dalam
keperluan dan penjagaannya, akan lebih cepat mereka mencapai kematangan.
Umumnya, arowana Asia betina mengambil tempoh selama 3 tahun, manakala arowana
jantan pula 3-4 tahun bagi mencapai kematangan.
No comments:
Post a Comment