Arowana
lazimnya dibiakkan di dalam kolam bumi (earthpond). Membiakkan arowana di dalam
tangki juga boleh dilaksanakan, tetapi prosesnya agak sukar. Di kolam pembiakan
bumi, 20 ekor arowana matang (7 jantan dan 13 betina) akan dilepaskan dan
kaedah ini melangsungkan pemilihan pasangan secara semulajadi. Arowana-arowana seterusnya
diawasi dengan teliti dari jarak yang dapat dilihat. Apabila sepasangan arowana
telah terbentuk, pasangan itu akan mengusir arowana-arowana lain dan mulai
bertelur. Tempoh pengeraman telur di dalam mulut induk jantan adalah sehingga
45 hari sehingga anak-anak arowana bebas berenang.. Setelah anak-anak arowana
berupaya berenang bebas, mereka akan ditangkap dan ditempatkan ke dalam tangki
pembesaran. Namun, kaedah ini menyebabkan hasil adalah rendah. Sehubungan itu,
kaedah pengambilan hasil (harvesting) digunakan bagi memperolehi hasil
yang maksimum memandangkan harvesting
induk seterusnya memakan masa
yang panjang. Kebanyakan pemeliharaan anak-anak ikan arowana dilakukan
di dalam akuarium untuk menjamin pemantauan yang rapi. Selepas beberapa tempoh
waktu tertentu, pembiakan arowana dipindahkan di dalam tangki sebagai proses
tumbesarannya pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment